Habis
sahaja kelas, aku terus meluru keluar dari dewan kuliah sehingga tidak
sempat berkata apa-apa kepada Zahrin.. aku ada mendengar seseorang
memanggil namaku semasa aku sedang meluru keluar tetapi aku terpaksa
tidak endahkan kerana ada hal yang perlu aku lakukan... hal tersebut
adalah aku harus berjumpa dengan pensyarah aku untuk menghantarkan
rekaan aku yang perlu dihantar secepat mungkin... jika aku tidak
menghantar rekaan ini, sudah pasti aku akan gagal dan terpaksa
mengulangi kertas kerja ini semula.. tidak sanggup aku lakukannya.. aku
berlari sambil melihat jam ditangan... "arghh ! sempat ke tak ni? kataku didalam hati..
aku berlari selaju mungkin... hampir saja aku terlanggar orang- orang
disitu...akhirnya,aku sampai juga... nafasku yang masih
tercungap-cungap, aku cuba merehatkan badanku sebentar...selepas
beberapa saat, aku mengetuk pintu bilik pensyarahku... " come
in..", suara seorang perempuan dari dalam...aku masuk ke dalam... " prof,
i want to send my design.. sorry i'm late...",kataku kepada Mrs Jenny." its okay..just give it to me.. but this is your last
chance.. after this, you can talk to my hand only ! okey . ",kata
pensyarah kepada diriku... aku berasa lega terus mengucapkan terima
kasih kepada beliau kerana masih menerima tugasanku ini..." thank you
prof.. i promise, next time I'll send my design early..",kata aku dan
berlalu pergi...
selepas
keluar dari bilik pensyarah, aku menghela nafas lega.." Alhamdulilah , nasib
baik sempat , kalau tak , nasib la aku , bersengkang mata pulak hingga lewat malam. tak sanggup aku . ...", kataku sendirian... tiba-tiba aku teringat akan
Zahrin... pasti dia berasa marah kerana panggilannya sebentar tadi tidak
ku endahkan.... "nak telefon, tak dak nombor la pulak.. hmm..
jumpa dia esok la...", kataku..
tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi dan panggilan itu datang daripada seseorang
yang tidak dikenali... aku menjawab panggilan itu, dan tiba tiba suara seorang lelaki lantang kedengaran dari corong telefon aku yang berkata .." hello..
hazirah..ni Arin ni.. kau tak dengar ke aku panggil kau tadi ? tiba-tiba
ja keluar...",kata Zahrin.. aku yang mendengar suaranya seakan-akan
ingin menjerit.. sememangnya aku menunggu panggilan dia kerana aku ingin
meminta maaf sebab kejadian sebentar tadi.. " sorry la Arin.. tadi
kalut nak hantar rekaan aku kat prof.. memang last minute aku hantar..
sorry-sorry...", kataku sambil merayu meminta maaf... "hmm..ye la.",kata
Zahrin ringkas.. aku yang berasa tidak sedap hati terus mempelawa dia
untuk pergi minum di cafe.." Arin..jom,aku belanja kau minum di restoran kegemaran aku..amacam?
sebagai tanda minta maaf la..",tawarku kepada Arin.. "okay..jom..kau
belanja ekk..",kata Zahrin kepadaku... aku terus tersenyum lebar...
"okay..aku belanja..",jawabku ringkas...aku mematikan telefon bimbitku..
aku dan Zahrin bertemu di taman yang berdekatan universiti tempat kami
belajar dan kami berdua berjalan menuju ke Jasmin Lebanese Restaurant..
No comments:
Post a Comment