akhirnya, aku tiba juga di Malaysia,negara kelahiranku...keluargaku sudah menunggu di lapangan terbang KLIA..aku pergi mendapatkan keluargaku... kami pulang ke Kedah......
beberapa jam perjalanan, akhirnya kami sekeluarga sampai di rumah... badanku terasa letih lalu aku merebahkan badanku diatas katil dan terlelap dalam beberapa saat saja...
"ha ! kat mana aku?", soalku di dalam hati...ternyata aku berada di rumah... fikiranku masih tak keruan..aku mencapai tualaku untuk ke bilik air.. selepas itu, aku menunaikan solat asar..usai solat asar, aku terasa ingin keluar sebentar... aku pergi berjumpa ibuku untuk meminta keizinan dan ibuku bersetuju...aku mencapai kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta... aku ingin pergi ke alor setar untuk membeli barang... aku sampai di city plaza dan pergi mencari barang yang aku inginkan.... aku masuk ke dalam sebuah butik untuk membeli baju dan tiba-tiba aku terlanggar seorang lelaki... jatuh semua barang-barangku.. "sorry.. saya tak nampak awak..",kata aku... "tak mengapa..salah saya juga..", jawab lelaki itu sambil matanya melihat dalam mataku.Aku yang berasa tidak selesa dipandang sebegitu, beredar dari situ.
selesai membeli belah, aku terus pulang ke rumah...
bulan Ramadhan....
hari ini hari pertama dalam bulan Ramadhan..semua umat Islam berpuasa selama sebulan... aku amat gembira sekali dapat berpuasa bersama-sama keluarga... aku keluar ke bazaar Ramadhan untuk mencuci mata dengan melihat juadah untuk berbuka puasa pada hari ini...kakakku masih lagi di Universiti dan dia juga akan pulang tidak lama lagi....
azan maghrib sudah berkumandang...aku dan keluarga berbuka bersama-sama sambil bercerita kisah tentang pengajianku di Australia... aku juga bercadang untuk berbuka bersama kawan-kawan aku di luar iaitu aida husna,aida 'izzatee,ajlaa dan ramai lagi... kami juga bercerita tentang kisah pembelajarn masing-masing...
cepat sungguh masa berlalu... esok harinya , telah disahkan hari raya aidilfitri... tema warna keluargaku pada tahun ini ialah warna hijau muda... sememangnya warna kegemaranku sejak kecil lagi... aku dan keluarga sibuk membersihkan rumah untuk meraikan hari raya esok... sehari suntuk aku mengemas rumah... pada malam itu, aku tidur lebih awal mungkin kepenatan agaknya... Aku merebahkan badan ku yang tersangat letih ini di atas katil ku yang berwarna hijau "pucuk pisang'' lalu mata ku terlelap dan dibuai mimpi.
pagi raya :
"selamat hari raya ibu, selamat hari raya abah.. maafkan semua kesalahan kak ngah.." kataku kepada ibu dan abah sambil menyalam tangan mereka...pagi itu terasa aman sekali... aku dan keluarga segak berbaju kurung dan berbaju melayu..
" Assalammualaikum !!", suara seseorang dari luar... aku yang mendengar terus menjawab,"waalaikummussalam.", dan menuju ke pintu... aku terus menjerit " eh korang , mari la masuk ". terkejut aku melihat aida husna, ajlaa, aida 'izzatee dan rakan-rakan yang lain datang beraya di rumahku...semuanya cantik berbaju kurung yang serba berwarna-warni... kami semua bercadang selepas ini ingin pergi beraya ke rumah kawan yang lain...aku dan rakan-rakan asyik bergambar bersama dan bergelak ketawa...kami ke rumah aida, ke rumah izzatee, ke rumah ajlaa dan banyak lagi rakan-rakan yang lain sehingga tidak sedar malam sudah melabuhkan tirai... sepanjang beraya bersama rakan-rakan,keluarga, sanak-saudara, masa untukku pulang ke Australia hampir tiba.... memikirkan perkara itu, sudah cukup membuatkan hati aku berasa berat dan sedih.... selepas beberapa hari, akhirnya aku pulang juga ke Australia... gugur air mata ketika bersalaman dengan ibu dan abah... aku memeluk kakak,atiqah,syafiq,dek ah dan adik kecilku, maisarah....
sudah 3hari aku kembali ke Australia semula... disebabkan hari ini tiada tugasan yang mengganggu, aku bercadang ingin ke restoran biasa tempat aku menghabiskan masa iaitu Jasmin Lebanase Restaurant...sebaik saja aku sampai disana, pesananku yang biasa sudah sampai...tiba-tiba telefon bimbitku berdering... nama aida husna terpapar di skrin telefon bimbitku... aku terus menjawab dan aida bertanyakan sama ada aku dah pulang ke Australia atau belum... selain itu, kami juga bercerita tentang kenangan berhari raya bersama...rindu hatiku pada saat itu...selepas beberapa minit, kami berhenti bercakap lalu aku menjamah perut ku sedikit dengan pesanan yang aku pesan sebentar tadi.. kemudian, aku mengambil keputusan untuk beredar...aku berlalu pergi dan tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki menjerit... " miss !! miss !! you forgot your bag..".. aku berpaling dan memang benar, tiada beg ditanganku... aku berasa malu.." macam mana la aku boleh cuai nii.." kataku dalam hati.. "oh ! thank you.. i'm so careless.." kataku kepada lelaki itu... lelaki itu memandang wajahku agak lama.. aku yang melihatnya, berasa tidak selesa dengan pandangan itu... "hey ! what are you looking at?" kataku dengan nada sedikit marah... lelaki itu tersedar dan dia berkata," i think i 've met you before.. but i could'nt remember it..". aku yang mendengar kata-katanya itu, cuba mengingati kembali wajahnya.. selepas beberapa saat, dengan riak terkejut aku berkata, " hanglah yang aku terlanggar kat city plaza dulu. betul tak ?". tanya aku kehairanan.
lelaki itu juga seperti terkejut..."ya ! betul la .... aku dah ingat..tak sangka kita berjumpa lagi ye..", kata lelaki itu.. "hang buat apa kat sini?", soalku... "aku belajar kat universiti kat sini...dalam seni rekaan ..", jawab lelaki itu... "oh ! ya ka?? aku pun belajar kat sini dalam bidang yang sama juga.." kataku semula.. "kenapa kita tak pernah berjumpa di dalam kelas? ", soalku semula.. "mungkin kita terlalu sibuk untuk mengenali antara satu sama lain..", jawabnya.. aku hanya tersenyum.. dia bertanyakan namaku dan aku memberitahunya, namaku Hazirah.. dia pula memperkenalkan dirinya sebagai Zahrin Iskandar..."just call me Arin..", kata zahrin kepada diriku....Kemudian masing-masing beredar dari restoran itu.
No comments:
Post a Comment