Monday, 1 December 2014

1st post on December for 2014

Ehemmm ehemmm , testing testing ? Wey lama nyaa tak update blog . beqabuh sudahhhh *fuhhhhhhhh tiup habuk . Yeaahhh dah bersih pun . Sorry lama tak update sebab buzy gila . Tahun 2014 baqu qeni ada masa nak log in blog . Ya lahh tahun exam kot . Buzy dng tuisyen memanjang . Memang aq decide lepas habeh SPM baqu nak bukak blog n update pueh pueh . Hahaa , hampa baca la naih . Tapi kan , tapi kan , cerpen takdir yg story aq dng Arin tuu takdan nak update la weh . No freshing idea yet . Hahaaa . Nanti ada aq post ah naih . Btw , lama tak on guna lappy n pc , tangan gua qasa kekok gila ah nak tekan keyboard ni . Selalu dng phone ja direct dok main wechat . Facebook jaqang dah tapi dok onl jugak . nanti add la wechat aq , stg aq bg id . hahah . Hmmmm , post kali ni takmaw dah pasai crush , bwt semak jaa . hahaha . Open a new leaf n bloom ! Acewaah idiom woo . Hahaa . Wey nak taw pasai exam aq dak ? Hmmm , sorry to say , PAYAH gila lahh exam kali ni . Aq taktaw pasepa . Just qasa macam Lembaga ada masalah jaa dng batch 97 kali ni . Ya Allah . I'll never talk , if it didn't happen . payah sepayah payahnya . Harapan aq nak dapat straight A macam dah luluh jaa . Jatuh semangat aq . Subjek yg aq target A that is AKAUN , pun payah . Benda yg aq tak penah dok bwt sepanjang dua tahun aq belajaq tetiba naik . Mak datokkk . Dah kenapa ? Geqam gila . Qasa macam lembaga pedaje habeh bebudak SPM . Tolong ah , SPM kot wey ! Benda berkait dng masa depan kami . Aq nak dapat result yg elok . Sapa yg takmaw kan ? Aq nak bg ibu abah senyum , happy n bangga dng aq . and at the same time , aq nak bayor balik jasa depa . duit yuran tusyen yg setiap bulan aq dok peqabeh tuuu . Hmm tapi apa boleh bwt kan ? Aq hanya mampu berdoa , berserah n bertawakal ja lahh . yang lain Allah yg tentukan . I've tried my best mum , dad . Sorry if I can't fullfil yours dreams . Absolutely I'm gonna feel regret :'(
Ehhh dah dahh . Stop touching touching . Hmm taktaw dah nak update apa lagi . Kalaw nak ikotkan , banyak lagi lah bendak nak story mory dekat sini . Pasai dya tu , pasai dya ni . Tapi tak laqat nak type . Bhahaaa . Hmmm , habeh dah kot ? Nanti apa apa , aq post lagi nohh . Hahaaa , bye weh byeee !


wechat : HaziraHaziQ7
fb : https://www.facebook.com/norhazirah.rozali
add ah nohh . kbhaii

-hazirahaziq-

Sunday, 15 December 2013

Hazirahhhh

Asssalammualaikum , hai seriusly lama dah kan aq tak update blog . Berhabukk sudah *fuhhhh , tiup habuk n sarang labah labah ;) Hahaha sorry banyak masalah kena faced sekarang ni . itulah inilah . Hmm btw aq masih mampu tersenyum lahh sebab Allah ada dengan aq . tak penah tinggalkan aq :) Alhamdulillah . Actually sekarang ni hidup aq BOSAN sangat . hanya facebook , wechat n blog saja yg menemani aq , tempat luahan hati aq . Family ? Hmm buzy dengan keja masing masing . Kengkawan ? Hmm lagi lahhh . Ego tinggi melangit . Cakap lain , bikin lain . Haiyooo . Bf ? Hahaha soryy . takdak dalam list hidup aq . tak berapa minat couple couple ni ecspecially time zaman persekolahan ceni . Tapiiii CRUSH aq banyak , hahaaa Forget it . Tak penting pun . Emm hampa layan tak program realiti PENCETUS UMMAH dekat Astro Oasis tuu ? A'ah yg Dr Ridhuan Tee jd pengacara tuu . Haa yang tuu lah . Best kan ? Aq suka sangat tengok program tuu . Aq suka PU RAHMAT , PU SUFIAN , PU FAKRUL and PU HAFIDZ . Bilaa aq tengok ja , hati aq rasa tenang . Rasa sayu n dekat jaa diri ni dengan Allah . Dah banyak kali , aq tengok program tuu , aq nangis . Sebab terharu sangat . Jauh di sudut hati aq , memang aq nak sangat berdakwah . Tapi wallahuallam lah . Tunggu jaa apa rancangan Allah yg terbaik untuk aq . Insyaa Allah :) Then aq rasa macam nak berubah menjadi lebih baik lagi . nak jadi seorang muslimah yg sejati dan seorang hamba Allah yang solehah suatu hari nanti . Insyaa Allah . Doakan yaa . Aamin . Tapi dalam perkara ni , aq perlukn pertolongan banyak orang . buat masa sekarang , aq hanya mintak tolong dengan kakak aq dari segi pakaian . Tapi aq perlukan bantuan kengkawan dgn orang sekeliling aq jugak . Tolong jng bagi aq terpengaruh sangat dengan benda benda yang lagho *maaf* Yaa kadang kadang memang aq pun tak dapat kawal nafsu aq . Benda yg salah aq pi buat . Tapi manusia diberi peluang untuk berubah kan ? Sama samalah kita Istighfar yaa . . And one more thing , aq nak FOKUS MORE kepada SPM next year . aq takmaw main main dah . Nak struggle n study betoi betoi . Nak dapat result ''flying colours'' InsyaaAllah . Semoga kejayaan aq diiringi dengan doa dan restu ibu bapa ku serta guru guruku , Aamin :) Aq janji akan belajar bersungguh sungguh and bagi parents aq BAHAGIA , qenyih sampai telinga . hehe . Hah ? Hampa pun nak bg mak ayah happy jugak ? Haa meh lah join aq . Kita azam elok elok tahun 2014 ni , study betoi betoi ok ? takmaw main main dah . Hahaha .
I think it's time for me to leave . For short , bye bye . Take care , chan rakk terr :* Jaga aurat jaga solat jaga mak ayah n jaga MARUAH :) Salammm . .

hazirahaziqhazro
cr7      
                                                                

Saturday, 21 September 2013

Sabar Hazirah :) Allah ada .

Assalammualaikum :)
Hai , Aq harap aq masih lagi mampu untuk tersenyum even banyak sangat masalah yang aq faced sekarang ni . Kalaw boleh nak jaa aq list down semua prob tuu tapi no need kot . Biar Allah ja yang tau :)
Takdak entry lain selain blog yang menjadi tempat luah perasaan aq . Selalunya aq curah or story dekat kak aq , but sekarang kak aq dok jauh dengan aq . * kak adik rindu hang gila , adk nak story semua masalah adk dekat kak , tapi hang pulak takdak * Hmm , Orang yang aq admire selama ni actually dah taken by someone , hmm takpaa aq redha . Bila aq dpt tau berita tuu , hati aq mcm kaca yg jatuh berderai . sedih sangat . Then sekarang aq cuba untuk jauhkan diri dari dya , kalaw aq makin dekat , rapat dengan dya , maybe perasaan ''SUKA'' tuu semakin merebak n aq semakin angau . so aq decide better aq cuba untuk lupakan dya . tuu ja cara yg terbaik . Lagipun maybe dya dah bahagia dengan girl dya , takkan aq nak rosakkan hubungan depa ? Hmm aq percaya dengan jodoh ALLAH . Kalaw dya yang tertulis di atas sana sebagai IMAM aq pada suatu hari nanti , aq bersyukur sangat . Jodoh Tak Ke Mana Sayang :) Tapi jika Allah takdirkan orang lain untuk aq yang mungkin masa skrg aq tak penah kenal dya langsung , tapi aq cuba untuk cintainya . bukan nak jiwang orelse tapi Bernikah dengan orang yang kita cintai itu satu KEBETULAN , tapi mencintai orang yang kita nikahi itu adalah satu KEWAJIPAN :) Right ?
Then , yang aq paling frust , kecewa sbb BFF aq taw benda ni tapi dya rahsiakan dari aq . Dya tau perkara ni lama sangat . Lamaaaaaa sangaatttttt . n Dya jugak tau yg aq suka kat budak tuu tapiii dya tak bgtaw aq yg budak tuu dah ada someone dlm hidup dya . Serius aq kecewa tapi nak buat macam mana . Dya sanggup dok tengok aq story pasai budak laki tu tiap tiap hari . Umpama dya syok tengok aq dok menggila dekat budak tuu . Arghhh serius talk , WEY BESTFRIEND ,aq kecewa sangat ang taw dak ? Tapi takpaa aq takmaw salahkan ang , tapi atleast ang kena bgtaw kat aq bendaa ni . Ang lebih sanggup simpan rahsia laki tu n takmaw bgtaw aq  perkara sebenar daripada bagitaw dekat aq segala galanya ? Ohh what game do you play friend ? Okey enough . Sabar Hazirah . Jangan kerana seorang LELAKI persahabatan ang jadi rosak , retak . Chill chill ;) Tapi last cakap , bff , ang patut bagitaw dekat aq benda ni . Ang takleh simpan . Ang sanggup tengok kawan ang ni dok syok sendiri ? Alahai . . kalaw aq tak selongkar sendiri benda ni , aq rasa sampai kiamat aq takkan taw yg dya dah berpunya . Hmmm .
Sorry to say kepada sapa sapa yang terasa dengan post ni . Aq sangat tension . Harap hampa faham :)
OK bye . La Tahzan Hazirah , innallahhama'ana :)
Thank guys #pray for my success :)

Friday, 23 August 2013

Tension kembali ! Ohh my =='

Okey lepas raya terus dapat soalan tentang kerja kursus prinsip perakaunan tingkatan 4 , nak buat benda tuu bukanlah satu perkara yg mudah . tension wey . time buat benda tuu , aq rasa mcm dah kerja seperti seorang akauntan dah . Payahh . tapi aq minat akaun . aq nak fokus more kpd akaun . aq lebih prefer akaun lagi drpd fizik kimia n bio . siriusly aq xberapa minat subjek sains tu . tp mcm mna punn aq kena belajaq jugakk subjek tuu . apa apa pun sabar je lah . segalanya bermula dari diri aq dan minat aq :) So , kena pandai pandai lah . Tapi yang aq tak suka , sebab alam persekolahan banyak sangat stress , dicampur pulakk dengan perasaan SUKA n SAYANG kepada seseorang yg istimewa dlm hidup kita . lagi stress . nak fokus dekat pelajaran punn qasa mcm payah jaa . Payah nya ada CRUSH ni . sapa takdak crush untunglah . tapi remaja mana sekarang ni takdak crush kan ? mesti ada punya la even dalam diam diam . diri kita sanggup buat apa saja kan demi crush ? sanggup terhegeh hegeh menagih cinta dya yg sememangnya Hattuih tuu . ahah *sory* lepas tuu sanggup caqi nombor fon dya , sanggup search tentang maklumat dya , sanggup habiskan masa berjam jam depan lappy or pc demi menunggu si-crush tuu online . sanggup beli mcm mcm yg berkaitan dengan crush kan ? mcm mcm lagi lah . *actually benda ni aq tujukan untuk diri aq jugakk*
that's why hidup aq time form 4 ni agak stress sikit . sebab crush la . haha . takpa lah , nak sambung buat kerja pulakk ni . thanx sudi usha blog aq . May ALLAH bless u . Amiin  n one more #Pray for Egypt :) bhaii

Tuesday, 6 August 2013

Ramadhan Syawal :)

Assalammualaikum ku buka bicara . Hai semua , puasa ? Alhamdulillah hari ni last day kita puasa dan akan menyambut lebaran . Actually this year aq xhappy sangat . Ntah la , maybe sebab ramadhan tahun ni aq kurang memanfaatkannya . Sedih . rasa JAHIL sangat . tapi tuu urusan kita dengan ALLAH di akhirat kelak , InsyaaAllah mintak dijauhkan dari api neraka . Amin :)
And esokkk dah raya , ambik kesempatan di sini , aq Nor Hazirah Rozali nak mohon beribu ribu kemaafan dari hampa semua yang mengenali diri ini . Maaf jika ada terkasar bahasa or telah mengguriskan hati hampa semua nah . Yaa aq hanya seorang manusia , sentiasa melakukan kesalahan . Harap hampa maafkan aq . raya ni mai la rumah yaa . alamat ? No 573 Taman Suria 2 , fasa 3B Jalan Baru Hospital , 06000 Jitra KDA . hahah perfect , so mai lah . Tapi raya ketiga dah nak kena heading ke Melaka . Hmm :(
Kawan , baju raya kaler apa ? kalaw hijau , kita geng , thumbs up sikit (Y) jyeahh . adik aq sampai sembilan pasang baju qaya dya , pergh jenuh menyalin kan ? haha . sikit punn xjeles , aq beqapa helai punn takpaa janji first raya memang baju baru sebab sunat kan kita memakai baju baruu . hehe .
and untuk hampa semua , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . :)
dari hazirah sekeluarga .

Rozali (abah)
Azizah (ibu)
Azaliah (kak)                       
Hazirah (aq)
'Athiqah (adik)
Shafiq (adik)
Umairah (adik)
Maisarah (adik)

Friday, 2 August 2013

TAKDIR EP 6




Keesokkan harinya , aku bersiap seperti biasa untuk pergi ke kuliah . Hari ni aku ada kelas dengan Mrs Jenny , prof designer aku . Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan duduk di tempat biasa . Sebelah aku student dari Amsterdam , Sally . Dia sangat kreatif dalam seni reka . Banyak benda aku belajar dari dia . Sementara menunggu prof tiba , aku berborak sebentar dengan Sally . Selang beberapa minit kemudian , Mrs Jenny tiba dan memulakan pembelajaran . Dia meminta pelajar-pelajarnya untuk menyiapkan satu tugasan yang bertajuk Interior Design Drawings . Mrs Jenny juga meminta kami untuk bekerja dalam kumpulan iaitu secara berpasangan . Aku teringin sangat hendak bekerjasama dengan Sally tapi sebaik sahaja aku menoleh ke tempat Sally , aku hanya nampak kerusi merah yang kosong sahaja , tanpa tuannya . ‘’Mana pulak pergi minah salleh ni’’ soalku dalam hati . Tiba-tiba aku melihat Jenny bersama Michael , mat salleh dari Ireland . ‘’Emm pasti dia nak coorperate dengan mamat tu , siapalah aku kan ? Aduh aku nak couple dengan sape ni ? Aisemen .’’ rengek ku dalam hati . Tiba tiba aku terdengar suara seseorang jejaka yang berkata ‘’Wahh kau mesti takde partner kan ? Haa meh sini aku jadi partner kau . Kita buat kerja kursus ni sesame okey ? ‘’ kata lelaki itu . Aku yang masih lagi terkejut dengan suara misteri itu , menoleh kebelakang , ternyata suara itu milik Arin . ‘’Laa kau rupanya Arin , aku ingat bunian mane la tadi yang menjelma tiba tiba je . hahah ‘’ gurau aku kepada Arin . ‘’Amboih kau , bunian kau cakap aku , tak pe janji aku dah rasmi jadi partner kau . Kau kena sedia berkhidmat untuk aku . dan kau jugak kena terima yang Allah memang dah takdirkan kita dua untuk bekerjasama. Haha ‘’ bual Arin panjang . Belum sempat aku membalas kata kata Arin , suara Mrs Jenny lantang kedengaran satu dewan kuliah ‘’Okey guys , I hope all of you can do the best for this task . I want this teamwork as soon as possible . Thank you .’’ kata Mrs Jenny lalu beredar keluar dari dewan kuliah . Arin menyambung percakapannya semula , ‘’Apa lagi , jom la start buat kerja ni , nanti kang lambat pulak nak siap . Jom wey ’’.’’Pergh kau ni , awalnye , semangat betul la . Kalau ya pun sabar la dulu , ape bende pun tak tahu nak buat terus nak ajak start . Pirrah .’’ kataku kepada Arin . ‘’Ouh macam tu ek ? okey lah jom kita buat discussion dulu , tapi kat tempat lain lah , café jom ?’’ ‘’A’ah jom jom . café favourite aku nak ?’’ ‘’ Tak nak la , café aku pulak , hari tu aku dah pergi dah Jas Le kau tu , sekarang kau ikot aku pulak . okey ?’’ Ajak Arin . ‘’ Okey lah jom jom , tapi café kau kat mane pulak ?’’ ‘’ Ha tu la , dekat dengan taman hari tu jugak , Café Dé Flore . Jom jom ‘’. Aku dan Arin beredar ke café tersebut . Kami menuju ke sana dengan kereta sport Arin .
Setiba sahaja di sana , aku melihat pemandangan di café itu sangat cantik dengan suasananya yang nyaman ditambah pula dengan persekitaran taman bunga yang cantik itu ‘’ Wahh cantiknya wey , boleh dapat ilham untuk task kita ni  , bagus bagus . Tak sia sia aku partner dengan kau . haha .’’ ‘’ Ha baru kau tahu untungnya dapat aku . haha , jom masuk ‘’pelawa Arin .  Sebaik sahaja kami duduk di salah satu meja di dalam café itu , ada suara seorang lelaki memanggil nama aku dan menghampiri aku lalu berkata ‘’Eh Hazirah , kau study sini jugak ke , kau ingat aku lagi tak ?’’ kata lelaki itu sambil matanya mengenyit-ngenyit kepadaku . ‘’ Err , kejap sedang refresh memory otak aku ni , kau , kau , Oh yaa dah dapat Hafizi kan ? A’ah aku study sini ambil fesyen designer , kau ?’’ kata aku kepada Hafizi , ketua pengawas sekolah menengah aku dulu .‘’Aku study sini jugak tapi aku ambil kejuruteraan kimia’’ . ‘’Ouh , pandai kau kan , maklumlah orang dah memang expert dalam fizik dan kimia , tak boleh kata apa la kan , haha’’ . ‘’ Mana ada , kau pun lebih kurang aku je pun .’’ Belum sempat aku membalas kata kata Hafizi , Arin bersuara ‘’Ehem ehem , aku dah macam meja ni kan ‘’.‘’Oh lupa pulak , kenalkan classmate aku merangkap BFF aku merangkap secretary aku ZAHRIN ISKANDAR , kau boleh panggil dya Arin ja ‘’ selepas mereka bersalaman Hafizi meminta izin untuk beredar dari situ kerana ada perkara yang harus dilakukannya ‘’ Okey lah wei , aku ada something nak buat , jumpa lagi ek , eh kejap , kau still guna nombor lama kau ek ?’’ ‘’ Yupp , aku takde nombor kau nanti kau missed call aku ok ? ‘’ ‘’ Ok , jom , Assalammualaikum .’’  ‘’ Walaikummsalam’’
Aku menyambung perbincangan aku dengan Arin , tetapi reaksi Arin agak berbeza dari sebelum ni . ‘’Eh kau kenapa ni , tak kan terasa dengan aku tadi kot , rilek lah . Okey okey aku mintak maaf . Senyum weh ‘’ pujuk aku ‘’ Em terasa la jugak , tapi dah kau pujuk aku , sejuk la sikit hati ni , haha ‘’ ‘’ Ha macam ni baru Arin yang aku kenal , happy go lucky ‘’ . Setelah sepetang kami berada di café itu lalu kami berdua pulang ke kediaman masing masing .

Friday, 26 July 2013

TAKDIR EP 5



Sebaik sahaja sampai di Jasmin Lebanese Restaurant (Jas Le Restaurant), aku terus mengajak Arin untuk duduk di tempat yang selalu aku duduk iaitu di tepi tingkap . Dia berasa hairan lalu bertanya kepada aku ‘’kenapa kau suka duduk dekat sini ? ‘’ aku menjawab ‘’ Sebab suasana di restoran ni sangat cantik terutama sekali waktu waktu nak senja macam ni . Kalau pagi pagi lagi cantik kalau kau tengok . Mesti kau terkedu punya .’’ Jawabku lebar . Arin dengan muka yang agak manja senyum kepadaku . Beberapa minit kemudian , pelayan yang mengambil pesanan pun sampai , Aku macam biasa memesan pesanan ‘kegemaran’ku iaitu jus oren dan spaghetti arrabiata . Kalau aku tak pesan kebab aku akan pesan spaghetti tu . Dua dua aku suka . Arin pula masih terfikir hendak memesan apa . Aku yang sedang melihat kerungsingannya terus menyarankan agar dia mencuba Lasagna di restoran itu . Arin tanpa memikir panjang terus setuju untuk memesan lasagna itu . Sambil menunggu pesanan , aku dan Arin berbual panjang . Maklumlah baru dapat berbual dan berkenalan dengan lebih rapat . Selama ini tidak sempat langsung kerana masing masing terlalu sibuk walaupun kelas sekali . Aku menceritakan tentang pembelajaran aku di Malaysia sebelum aku ke Australia kepada Arin , tentang keluarga aku , tentang rakan rakan aku , tentang diri aku dan semua benda lah . ‘’Kenapa aku saja yang beria ria cerita kepadanya ni ? Dia sengap saja ‘’ Hmm mungkin dia dah lemas dengan aku kot . Baik aku diam je lah ‘’ Ujarku dalam hati . Selepas aku mendiamkan diri aku , tiba tiba ja Arin bersuara dan berkata ‘’kau dah habis cakap ?’’ ‘’Em , kenapa ? ‘’ soalku ringkas . ‘’Takde lah , aku pulak nak cakap . can I ?’’ ‘’Oh definitely sure .’’ balasku kepada Arin . ‘’Mesti kau hairan kan kenapa kau je yang cerita tentang hidup kau dekat aku , kenapa aku tak menyelit langsung percakapan kau , kan ? ‘’Yupp , sangat hairan’’ kenapa ?’’ jawabku ringkas .’’Sebab aku nak kenal diri kau dengan lebih dekat , daripada cerita kau tadi , aku dah dapat tahu cara kehidupan kau macam mana , kau ni jenis perempuan yang macam mana . Kau ni agak brutal sikit . Aku suka . Actually kalau kau nak tahu , aku suka perempuan yang berperwatakan brutal , ganas macam kau tapi dalam dia lembut ja . Memahami .” “Eh jap jap , kenapa kau cakap aku memahami kau dan hati lembut bagai ni?’’ aku menyekat percakapan Arin . Arin menyambung ‘’Lain kali bagi aku habis cakap dulu . ok dear ?’’ Aku hanya membulatkan biji mata aku sahaja . ‘’Maksud aku kau memahami sebab kau macam tahu tahu ja aku kecewa dengan kau sebab aku panggil kau dalam kelas tadi tapi kau tak sahut , jadi kau ajak aku minum . Tu la aku cakap kau ni memahami . Aku bersyukur dapat kenal kau . ‘’ Mata Arin tepat melihat mata aku . Aku yang berasa segan dipandang sebegitu terus melihat ke luar tingkap dan selang beberapa minit , hidangan yang dipesan sudah sampai . Aku terus menjemput Arin untuk merasa makanan di situ . ‘’Makanlah , mahal ni aku belanja kau , makan makan , nanti kau belanja aku dekat restoran Barat pulak , aku suka ’western food’ hahaha‘’ Jelasku panjang kepada Arin . ‘’ Ala , setakat nak belanja kau , takde hal lah . Kau nak suruh aku belanja atok nenek kau pun boleh tapi roti canai je la . haha ‘’ Balas Arin sambil ketawa comelnya tu . ‘’Fuhh nasib la dapat ubah topik dari perbualan kami tadi , malu la pulak . aisemen .’’ Ujarku sendirian dalam hati . Selesai kami menjamu selera di Jas Le Restaurant . Arin mengajak aku ke salah satu tempat kesukaannya di kawasan tempat tinggalnya iaitu taman yang dipenuhi dengan bunga bunga yang berwarna warni . Aku yang melihat tempat itu terkedu lalu berkata ‘’wow , setahun lebih aku tinggal kat sini , apasal baru kali ni aku baru tahu wujudnya alam flora yang cantik ni . fulamak . Nasib aku kenal dengan kau lah Arin , kalau tak sampai kiamat aku tak kan tahu taman ni .’’ ‘’Ha tu la kau , asyik sibuk je memanjang . Mesti Allah dah rancang semua ni . Dia memang nak temukan kita la tu , hahaha ‘’ Jawab Arin . Aku yang tidak tahu hendak membalas apa terus mengajaknya berjalan jalan sekitar taman itu . Sambil aku berjalan , aku nampak banyak sangat pasangan ‘couple’ dekat taman tu . Aku bertanya kepada Arin , ‘’eh kenapa banyak sangat orang buat date ni , kau ni agak agak lah ‘’ ‘’ Ala rilek lah nama taman ni pun THE GARDEN OF LOVE , memang tak heran la . Kau ni pun . Jangan tunjuk sangat tak tahu tu .’’ ‘’Oh ye ke ? Habis tu yang kau bawak aku ke sini apasal ? ‘’ Tanya ku . ‘’Saje je , nak bawak kau ke tempat favourite aku . nak bagi tenang hati kau yang sentiasa sibuk tu . sekarang kau tenang kan ?’’ ‘’Yupp sangat tenang dan letih . Dah aku nak balik .’’ Kataku kepada Arin . ‘’Okeylah jom aku hantar kau , lagipun aku nak tahu jugak kau tinggal dekat mana . Jom jom’’ Ajak Arin semangat . Aku yang malas hendak mengelak berkata ‘’Hmmm ikut kau lah Arin ‘’ Jawabku ringkas . Kami berjalan menuju ke kediaman aku . Jarak dari taman itu ke kediaman aku mengambil masa lebih kurang dua puluh minit . Dalam perjalanan kami itu , Arin pulak yang bersuara lebih daripada aku . Dia menceritakan tentang hidupnya pula . Aku hanya mendengar dan senyum sahaja kerana tidak mahu mengecewakan Arin jika ceritanya aku tidak dengar walaupun aku keletihan .