Friday, 2 August 2013

TAKDIR EP 6




Keesokkan harinya , aku bersiap seperti biasa untuk pergi ke kuliah . Hari ni aku ada kelas dengan Mrs Jenny , prof designer aku . Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan duduk di tempat biasa . Sebelah aku student dari Amsterdam , Sally . Dia sangat kreatif dalam seni reka . Banyak benda aku belajar dari dia . Sementara menunggu prof tiba , aku berborak sebentar dengan Sally . Selang beberapa minit kemudian , Mrs Jenny tiba dan memulakan pembelajaran . Dia meminta pelajar-pelajarnya untuk menyiapkan satu tugasan yang bertajuk Interior Design Drawings . Mrs Jenny juga meminta kami untuk bekerja dalam kumpulan iaitu secara berpasangan . Aku teringin sangat hendak bekerjasama dengan Sally tapi sebaik sahaja aku menoleh ke tempat Sally , aku hanya nampak kerusi merah yang kosong sahaja , tanpa tuannya . ‘’Mana pulak pergi minah salleh ni’’ soalku dalam hati . Tiba-tiba aku melihat Jenny bersama Michael , mat salleh dari Ireland . ‘’Emm pasti dia nak coorperate dengan mamat tu , siapalah aku kan ? Aduh aku nak couple dengan sape ni ? Aisemen .’’ rengek ku dalam hati . Tiba tiba aku terdengar suara seseorang jejaka yang berkata ‘’Wahh kau mesti takde partner kan ? Haa meh sini aku jadi partner kau . Kita buat kerja kursus ni sesame okey ? ‘’ kata lelaki itu . Aku yang masih lagi terkejut dengan suara misteri itu , menoleh kebelakang , ternyata suara itu milik Arin . ‘’Laa kau rupanya Arin , aku ingat bunian mane la tadi yang menjelma tiba tiba je . hahah ‘’ gurau aku kepada Arin . ‘’Amboih kau , bunian kau cakap aku , tak pe janji aku dah rasmi jadi partner kau . Kau kena sedia berkhidmat untuk aku . dan kau jugak kena terima yang Allah memang dah takdirkan kita dua untuk bekerjasama. Haha ‘’ bual Arin panjang . Belum sempat aku membalas kata kata Arin , suara Mrs Jenny lantang kedengaran satu dewan kuliah ‘’Okey guys , I hope all of you can do the best for this task . I want this teamwork as soon as possible . Thank you .’’ kata Mrs Jenny lalu beredar keluar dari dewan kuliah . Arin menyambung percakapannya semula , ‘’Apa lagi , jom la start buat kerja ni , nanti kang lambat pulak nak siap . Jom wey ’’.’’Pergh kau ni , awalnye , semangat betul la . Kalau ya pun sabar la dulu , ape bende pun tak tahu nak buat terus nak ajak start . Pirrah .’’ kataku kepada Arin . ‘’Ouh macam tu ek ? okey lah jom kita buat discussion dulu , tapi kat tempat lain lah , café jom ?’’ ‘’A’ah jom jom . café favourite aku nak ?’’ ‘’ Tak nak la , café aku pulak , hari tu aku dah pergi dah Jas Le kau tu , sekarang kau ikot aku pulak . okey ?’’ Ajak Arin . ‘’ Okey lah jom jom , tapi café kau kat mane pulak ?’’ ‘’ Ha tu la , dekat dengan taman hari tu jugak , Café Dé Flore . Jom jom ‘’. Aku dan Arin beredar ke café tersebut . Kami menuju ke sana dengan kereta sport Arin .
Setiba sahaja di sana , aku melihat pemandangan di café itu sangat cantik dengan suasananya yang nyaman ditambah pula dengan persekitaran taman bunga yang cantik itu ‘’ Wahh cantiknya wey , boleh dapat ilham untuk task kita ni  , bagus bagus . Tak sia sia aku partner dengan kau . haha .’’ ‘’ Ha baru kau tahu untungnya dapat aku . haha , jom masuk ‘’pelawa Arin .  Sebaik sahaja kami duduk di salah satu meja di dalam café itu , ada suara seorang lelaki memanggil nama aku dan menghampiri aku lalu berkata ‘’Eh Hazirah , kau study sini jugak ke , kau ingat aku lagi tak ?’’ kata lelaki itu sambil matanya mengenyit-ngenyit kepadaku . ‘’ Err , kejap sedang refresh memory otak aku ni , kau , kau , Oh yaa dah dapat Hafizi kan ? A’ah aku study sini ambil fesyen designer , kau ?’’ kata aku kepada Hafizi , ketua pengawas sekolah menengah aku dulu .‘’Aku study sini jugak tapi aku ambil kejuruteraan kimia’’ . ‘’Ouh , pandai kau kan , maklumlah orang dah memang expert dalam fizik dan kimia , tak boleh kata apa la kan , haha’’ . ‘’ Mana ada , kau pun lebih kurang aku je pun .’’ Belum sempat aku membalas kata kata Hafizi , Arin bersuara ‘’Ehem ehem , aku dah macam meja ni kan ‘’.‘’Oh lupa pulak , kenalkan classmate aku merangkap BFF aku merangkap secretary aku ZAHRIN ISKANDAR , kau boleh panggil dya Arin ja ‘’ selepas mereka bersalaman Hafizi meminta izin untuk beredar dari situ kerana ada perkara yang harus dilakukannya ‘’ Okey lah wei , aku ada something nak buat , jumpa lagi ek , eh kejap , kau still guna nombor lama kau ek ?’’ ‘’ Yupp , aku takde nombor kau nanti kau missed call aku ok ? ‘’ ‘’ Ok , jom , Assalammualaikum .’’  ‘’ Walaikummsalam’’
Aku menyambung perbincangan aku dengan Arin , tetapi reaksi Arin agak berbeza dari sebelum ni . ‘’Eh kau kenapa ni , tak kan terasa dengan aku tadi kot , rilek lah . Okey okey aku mintak maaf . Senyum weh ‘’ pujuk aku ‘’ Em terasa la jugak , tapi dah kau pujuk aku , sejuk la sikit hati ni , haha ‘’ ‘’ Ha macam ni baru Arin yang aku kenal , happy go lucky ‘’ . Setelah sepetang kami berada di café itu lalu kami berdua pulang ke kediaman masing masing .

No comments:

Post a Comment