Sebaik
sahaja sampai di Jasmin Lebanese Restaurant (Jas Le Restaurant), aku terus
mengajak Arin untuk duduk di tempat yang selalu aku duduk iaitu di tepi tingkap
. Dia berasa hairan lalu bertanya kepada aku ‘’kenapa kau suka duduk dekat sini ?
‘’ aku menjawab ‘’ Sebab suasana di restoran ni sangat cantik terutama sekali
waktu waktu nak senja macam ni . Kalau pagi pagi lagi cantik kalau kau tengok .
Mesti kau terkedu punya .’’ Jawabku lebar . Arin dengan muka yang agak manja
senyum kepadaku . Beberapa minit kemudian , pelayan yang mengambil pesanan pun
sampai , Aku macam biasa memesan pesanan ‘kegemaran’ku iaitu jus oren dan
spaghetti arrabiata . Kalau aku tak pesan kebab aku akan pesan spaghetti tu .
Dua dua aku suka . Arin pula masih terfikir hendak memesan apa . Aku yang
sedang melihat kerungsingannya terus menyarankan agar dia mencuba Lasagna di
restoran itu . Arin tanpa memikir panjang terus setuju untuk memesan lasagna
itu . Sambil menunggu pesanan , aku dan Arin berbual panjang . Maklumlah baru dapat
berbual dan berkenalan dengan lebih rapat . Selama ini tidak sempat langsung
kerana masing masing terlalu sibuk walaupun kelas sekali . Aku menceritakan
tentang pembelajaran aku di Malaysia sebelum aku ke Australia kepada Arin ,
tentang keluarga aku , tentang rakan rakan aku , tentang diri aku dan semua
benda lah . ‘’Kenapa aku saja yang beria ria cerita kepadanya ni ? Dia sengap
saja ‘’ Hmm mungkin dia dah lemas dengan aku kot . Baik aku diam je lah ‘’
Ujarku dalam hati . Selepas aku mendiamkan diri aku , tiba tiba ja Arin
bersuara dan berkata ‘’kau dah habis cakap ?’’ ‘’Em , kenapa ? ‘’ soalku
ringkas . ‘’Takde lah , aku pulak nak cakap . can I ?’’ ‘’Oh definitely sure
.’’ balasku kepada Arin . ‘’Mesti kau hairan kan kenapa kau je yang cerita
tentang hidup kau dekat aku , kenapa aku tak menyelit langsung percakapan kau ,
kan ? ‘’Yupp , sangat hairan’’ kenapa ?’’ jawabku ringkas .’’Sebab aku nak
kenal diri kau dengan lebih dekat , daripada cerita kau tadi , aku dah dapat
tahu cara kehidupan kau macam mana , kau ni jenis perempuan yang macam mana .
Kau ni agak brutal sikit . Aku suka . Actually kalau kau nak tahu , aku suka
perempuan yang berperwatakan brutal , ganas macam kau tapi dalam dia lembut ja
. Memahami .” “Eh jap jap , kenapa kau cakap aku memahami kau dan hati lembut
bagai ni?’’ aku menyekat percakapan Arin . Arin menyambung ‘’Lain kali bagi aku
habis cakap dulu . ok dear ?’’ Aku hanya membulatkan biji mata aku sahaja .
‘’Maksud aku kau memahami sebab kau macam tahu tahu ja aku kecewa dengan kau sebab
aku panggil kau dalam kelas tadi tapi kau tak sahut , jadi kau ajak aku minum .
Tu la aku cakap kau ni memahami . Aku bersyukur dapat kenal kau . ‘’ Mata Arin
tepat melihat mata aku . Aku yang berasa segan dipandang sebegitu terus melihat
ke luar tingkap dan selang beberapa minit , hidangan yang dipesan sudah sampai
. Aku terus menjemput Arin untuk merasa makanan di situ . ‘’Makanlah , mahal ni
aku belanja kau , makan makan , nanti kau belanja aku dekat restoran Barat
pulak , aku suka ’western food’ hahaha‘’ Jelasku panjang kepada Arin . ‘’ Ala ,
setakat nak belanja kau , takde hal lah . Kau nak suruh aku belanja atok nenek
kau pun boleh tapi roti canai je la . haha ‘’ Balas Arin sambil ketawa comelnya
tu . ‘’Fuhh nasib la dapat ubah topik dari perbualan kami tadi , malu la pulak
. aisemen .’’ Ujarku sendirian dalam hati . Selesai kami menjamu selera di Jas
Le Restaurant . Arin mengajak aku ke salah satu tempat kesukaannya di kawasan
tempat tinggalnya iaitu taman yang dipenuhi dengan bunga bunga yang berwarna
warni . Aku yang melihat tempat itu terkedu lalu berkata ‘’wow , setahun lebih
aku tinggal kat sini , apasal baru kali ni aku baru tahu wujudnya alam flora
yang cantik ni . fulamak . Nasib aku kenal dengan kau lah Arin , kalau tak
sampai kiamat aku tak kan tahu taman ni .’’ ‘’Ha tu la kau , asyik sibuk je
memanjang . Mesti Allah dah rancang semua ni . Dia memang nak temukan kita la
tu , hahaha ‘’ Jawab Arin . Aku yang tidak tahu hendak membalas apa terus
mengajaknya berjalan jalan sekitar taman itu . Sambil aku berjalan , aku nampak
banyak sangat pasangan ‘couple’ dekat taman tu . Aku bertanya kepada Arin ,
‘’eh kenapa banyak sangat orang buat date ni , kau ni agak agak lah ‘’ ‘’ Ala
rilek lah nama taman ni pun THE GARDEN OF LOVE , memang tak heran la .
Kau ni pun . Jangan tunjuk sangat tak tahu tu .’’ ‘’Oh ye ke ? Habis tu yang
kau bawak aku ke sini apasal ? ‘’ Tanya ku . ‘’Saje je , nak bawak kau ke
tempat favourite aku . nak bagi tenang hati kau yang sentiasa sibuk tu .
sekarang kau tenang kan ?’’ ‘’Yupp sangat tenang dan letih . Dah aku nak balik .’’
Kataku kepada Arin . ‘’Okeylah jom aku hantar kau , lagipun aku nak tahu jugak
kau tinggal dekat mana . Jom jom’’ Ajak Arin semangat . Aku yang malas hendak
mengelak berkata ‘’Hmmm ikut kau lah Arin ‘’ Jawabku ringkas . Kami berjalan
menuju ke kediaman aku . Jarak dari taman itu ke kediaman aku mengambil masa
lebih kurang dua puluh minit . Dalam perjalanan kami itu , Arin pulak yang
bersuara lebih daripada aku . Dia menceritakan tentang hidupnya pula . Aku
hanya mendengar dan senyum sahaja kerana tidak mahu mengecewakan Arin jika
ceritanya aku tidak dengar walaupun aku keletihan .
No comments:
Post a Comment